Kempen Kebebasan Berhimpun Dilancarkan Hari Ini PDF Print E-mail
Thursday, 24 November 2011 19:08
       h10h4h5
h3h7h1h8DSC_0028h11
Oleh: Yow Chong Lee

Sebanyak 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah membentuk satu gabungan yang melancarkan Kempen Kebebasan Berhimpun pada 24hb November (1 petang). Mereka memilih suatu lokasi yang paling tepat, yakni di luar Parlimen Malaysia untuk menyuarakan ketidakpuasan mereka lalu menuntut Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (PA2011) ditarik balik dengan serta merta. Perlancaran kempen ini telah dihadiri oleh peserta tidak kurang daripada 50 wakil daripada pelbagai NGO dan individu.

h6Seperti yang sedia maklum, parlimen dalam proses pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dijangkakan akan diluluskan dalam masa terdekat. Sesungguhnya, kelulusan rang undang-undang ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif ke atas masyarakat umum yang ingin mengadakan mahupun menyertai perhimpunan aman pada masa hadapan.

Antaranya, PA2011 ini memberikan kuasa kepada pihak polis untuk menentukan (mengadakan sekatan ke atas) cara, lokasi, tarikh (Fasal 15 (2)) dan lain-lain lagi terhadap perhimpunan aman yang hendak dianjurkan, lalu memberi ruang kepada penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa pihak polis.

Pemberitahuan awal dalam bentuk borang perlu diadakan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum perhimpunan aman hendak diadakan. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan penganjur didenda RM10, 000 (Fasal 21 (3)).

Kelulusan PA2011 juga melarang sesiapa yang berumur di bawah 21 tahun untuk menganjurkan perhimpunan aman dan kanak-kanak (bawah 15 tahun) menyertai segala perhimpunan aman (Fasal 4(2)). Tambahan pula, RM 20, 000 akan dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan ini (Fasal 4 (4)).

Lebih dahsyat lagi, dalam Fasal 21 (2), "pegawai polis itu, pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah seksyen ini, boleh menggunakan segala kekerasan yang munasabah". Apakah itu kekerasan munasabah sedangkan ia tidak didefinisikan dalam PA2011? Bukankah ini membenarkan penyalahgunaan kuasa?h2

Amat dikhuatiri adalah kelulusan PA2011 akan menyulitkan lalu menyekat kebebasan masyarakat umum untuk menyertai perhimpunan aman.

Memandangkan pelbagai implikasi negatif ekoran daripada PA2011, Pusat KOMAS dan NGO lain menuntut kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (PA2011) dengan serta merta lalu, dengan ikhlas, mengembalikan demokrasi dan kebebasan berhimpun secara aman kepada rakyat.

Nota: Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 juga boleh dimuat-turun di sini.

AddThis Social Bookmark Button