| DIMANAKAH TANAH YANG DIJANJIKAN KEPADA KITA SEJAK 1992 |
|
|
|
| Wednesday, 15 February 2012 21:23 |
|
Persatuan Masyarakat Selangor
![]() & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
A-2-10, 8 Avenue, Jalan Sg. Jernih, 8/1, Seksyen 8, 46050,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel & Fax: 03-79685415
Dimanakah Tanah yang dijanjikan kepada kita sejak 1992
Kes Peneroka Sg Buluh
![]() ![]() Pada 30 Mac lalu, 50 keluarga bekas masyarakat peneroka bandar kampung keretapi di Sungai Buluh telah kalah dalam kes tanah mereka yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Mereka telah menunggu selama 20 tahun sejak 1992 untuk dapat tanah yang telah dijanjikan kepada mereka oleh pejabat tanah Gombak dan Kerajaan Negeri Selangor masa itu. Setelah hampir 10 tahun kes ini dibicarakan dalam mahkamah tinggi, Pada 30hb Mac 2011 mahkamah telah membatalkan kes yang difail oleh penduduk terhadap pejabat tanah. Menurut Hakim Hinshawati Shariff, keputusan ini berdasarkan kepada suatu aspek bahawa kes mereka “Tiada Balasan”.
Ini bermaksud, untuk sebuah perjanjian menjadi sah, pemberian dan penerimaan harus berlaku, tetapi dalam kes ini, kerana mereka tidak memiliki tanah tersebut, mereka tidak berhak menerima tanah di lot lain sebagai pampasan walaupun mereka meninggalkan tempat itu secara rela untuk memberi laluan kepada landasan keretapi. Oleh itu, perjanjian yang dibuat oleh mereka dengan pejabat tanah masa itu tidak bernilai dan tidak perlu dipatuhi oleh Pejabat.
Latarbelakang permasalahan peneroka bandar di Sg. Buluh Pada 7hb. Januari 1992, bekas penghuni “Railway Lines” Sungai Buloh telah menerima notis pengusiran daripada KTM supaya berpindah dari kawasan “Railways Lines” dengan tujuan pembinaan projek landasan berkembar KTM. Seramai 229 buah keluarga ditawarkan lot tanah yang bernombor 1 hingga 229 oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak (Encik Hj. Bahari B. Mohamed Jabar) secara bertulis melalui surat bertarikh 7hb. Januari 1992. Lokasi lot-lot tanah yang ditawarkan terletak di Matang Pagar sebagai gantian bagi tapak rumah Mereka diberitahu bahawa lot-lot tanah tersebut akan dibersihkan serta diratakan dalam masa enam bulan. Sementara itu, 100 daripada mereka dipindahkan ke rumah panjang Rawang dan yang lain terpaksa mencari tempat perlindungan sendiri. Selepas dua tahun menunggu, mereka mendapati tanah tersebut masih tidak dibersihkan seperti yang dimaklumkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.
Sejak itu, beberapa langkah telah diambil untuk mempertahankan hak tanah mereka seperti penyerahan memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor, menghantar surat-surat bantahan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Seri Samy Velu dan sebagainya. Perbicaraan kes menuntut hak milik tanah tersebut telah di tunda beberapa kali dalam tempoh 9 tahun ini, dengan berbagai jenis alasan seperti fail kes telah hilang (berlaku sebanyak 3 kali), tuan hakim bercuti/sakit dan lain lain alasan. Mengikut undang-undang, kerja-kerja pembinaan mesti dihentikan selagi kes perbicaraan masih belum selesai. Akan tetapi, Pentadbir Tanah Daerah Gombak telah mengetepikan arahan tersebut dan sekarang rumah rumah PKNS telah siap di Matang Pagar dan telah diduduki oleh pembeli-pembeli dari tempat lain. Kemudian, Pejabat tanah Gombak telah memberitahu di mahkamah bahawa terdapat 48 plot tanah alternative yang telah diperuntukkan untuk mereka, tetapi pembersihan tanah tersebut akan mengambil kos sebanyak 2.6 juta dan semua Agensi sekarang tidak tahu apa langkah seterusnya. Situasi masa sekarang Perjuangan ini sepatutnya boleh diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang telah memerintah selama dua setengah tahun ini. Pada bulan April, 2008, penduduk kampung ini telah mengirim memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi sampai sekarang, tiada apa-apa tindakan dari pihak mereka.
Walaupun hak tanah penduduk in telah dirampas oleh bekas Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Mohd Khir Toyo, Menteri Besar pada masa itu.Yang amat mengecewakan adalah kerajaan Selangor semasa ini pun tidak mengambil langkah yang efektif untuk memulangkan hak tanah kepada 50 keluarga peneroka ini. Mereka masih berharap bahawa kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat akan menyelesaikan masalah mereka. Mereka mengambil inisiatif untuk Mereka juga berjumpa dengan YB Sivarasa (MP untuk Subang) dan YB Iskandar A. Samad (EXCO untuk Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) untuk menolong mendapatkan temujanji untuk berjumpa dengan MB tetapi Pada Bulan September lalu, sebuah lagi memorandum telah dihantar kepada Puan Faekah Husin (Setiausaha politik kepada MB) dan telah disuruh menunggu untuk tindakan lanjut, tetapi sudah 4 bulan berlalu tetapi tidak ada apa-apa perkembangan. Sebagai langkah terakhir, mereka telah pergi ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada 12 hb January 2012 dengan harapan dapat berjumpa dengan MB Tan Sri Khalid Samad dan berjaya bercakap dengannya untuk beberapa minit selepas mesyuarat MTES. Mereka juga telah mengambil Selepas menunggu 4 jam, mereka akhirnya berjumpa dengan MB Khalid dan di maklumkan oleh beliau bahawa oleh kerana mereka telah kalah di mahkamah, mereka memang tak boleh dapat tanah! Harapan dalam kerajaan Pakatan Mempunyai sebuah rumah untuk berteduh merupakan keperluan asas yang mesti disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Penduduk Matang Pagar telah dipindahkan dari rumah asal mereka dengan janji bahawa mereka akan diberikan tanah, tetapi mereka telah ditipu dan dibiarkan lari sana dan sini untuk menuntut keadilan. 6 penduduk asal telah pun meninggal dunia dalam 20 tahun ini dan kerajaan Selangor sudah bertukar 4 menteri besar. Soalannya sekarang, bilakah masalah ini akan selesai? Tuntutan ini merupakan tuntutan yang telah kami laungkan selama 19 tahun ini iaitu:
Jika kerajaan negeri ingin member pampasan untuk tanah tersebut, tanah tersebut harus dinilai oleh jurukur bebas untuk menentukan harga pasaran dan memberikan pampasan yang sepatutnya kepada penduduk berdasarkan itu. Kami berharap suara kami akan didengar oleh pihak kerajaan negeri dan mereka akan mengotakan janji mereka bahawa rakyat sentiasa didahulukan dalam pentadbiran mereka.
Lena Hendry
Ahli JAwatan Kuasa, Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
|









Pada bulan Jun 1996, papan tanda dinaikkan (dengan kebenaran Pejabat Daerah dan Tanah Gombak) di tanah tersebut mengumumkan bahawa “rumah kos rendah akan didirikan oleh Syarikat Ikatan Rapi Sdn Bhd. Malangnya, kerja-kerja pembinaan telah dijalankan tanpa sebarang persetujuan atau perbincangan dengan penduduk.
berjumpa dengan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dan telah meminta temujanji beberapa kali tetapi masih tidak ada apa-apa jawapan daripada pejabat menteri besar.
masih tidak ada hasilnya.
kesempatan
Rakyat untuk memastikan hak tanah mereka pun dihapuskan! 